SILA LIHAT CONTOH SOALAN PADA LINK DIBAWAH
https://docs.google.com/document/d/1nsgSI4a4EIJU2puwwK22RBqMEGa1hRPcVwI1fR_xF8k/edit
Monday, 29 October 2012
Sunday, 14 October 2012
PENUKARAN UNIT
Contoh Pertukaran Unit
https://docs.google.com/document/d/1shGJZ6IU1fZkbPzIv7ElYykiTSIvK4SeErE9jr_4qmA/edit
Asas Pertukaran Unit
thttps://docs.google.com/document/d/1TUwiWb6RgWo8j2cbQ4xgZlisNpjEO_ZOkw5uEeM7aVI/edit
Monday, 8 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
MEKANIK ( FIZIK ASAS )
1.Kuantiti asas dalam Mekanik.
Terdapat tiga kuantiti asas dalam mekanik klasik ini,iaitu panjang,jisim dan masa. Ketiga -tiga unit ini akan menggunakan unit SI. SI merujuk kepada International System (SI) yang berasal dari perkataan Perancis iaitu Systeme International.
2.Takrifan Kuantiti Asas Mekanik
a. Panjang - unit meter (m):
meter ditakrifkan pada tahun 1983 sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya dalam
vakum dalam masa 1/299 792 458 saat. Takrifan ini mengesahkan kelajuan cahaya
dalam vakum adalah 299 792 458 meter persaat.
b.Jisim – unit kilogram (kg) : kilogram
ditakrifkan (established in 1887 ) sebagai
jisim sfesifik silinder aloi platinum-iridium yang disimpan di International Bureau of Weights
and Measures di Sevrea,Perancis.
c.Masa – unit saat (s) : saat ditakrifkan
( established in 1967 ) sebagai 9 192 631 770 tempoh sinaran atom cesium-133.
3. Perbezaan Antara Sesaran dan Jarak
i.Sesaran (s)
a.Sesaran merupakan kuantiti vektor,iaitu ia mempunyai magnitud dan arah.Perkara ini dapat diterangkan dengan gerakan linear satu dimensi.
contoh :
Suatu jasad bergerak dari kedudukan Xi = -12 m ke Xf = - 4 m. Kirakan sesaran yang dilalui oleh jasad tersebut.
Persamaan Sesaran
∆X= Xf - Xi , dimana ∆ adalah delta atau perubahan dan X digunakan kerana jasad bergerak pada paksi X
∆X= Xf - Xi , dimana ∆ adalah delta atau perubahan dan X digunakan kerana jasad bergerak pada paksi X
Sesaran (S1) = Xf - Xi
= -4 m - ( -12 m )
= +8 m (tanda positif menunjukkan arah gerakan jasad tersebut adalah kekanan)
Kemudian jasad tersebut berpatah balik dari kedudukan terakhir ke kedudukan asalnya. Kirakan jumlah sesaran yang dilalui oleh jasad tersebut.maka:
Sesaran (S2) = Xf - Xi
= 12m - 8m
= -8 m (arah gerakan jasad tersebut adalah kekiri)
maka , jumlah sesaran yang dilalui oleh jasad tersebut adalah
ST = S1 + S2
= 8m +( - 8m )
= 0 m ( jumlah sesaran yang dilalui oleh jasad tersebut adalah 0 m )
ii.Jarak
a.Jarak merupakan kuantiti skala,iaitu ia hanya mempunyai magnitud sahaja.Dengan menggunakan permasalahan yang sama, kirakan jumlah jarak yang dilalui oleh jasad tersebut.
Jarak (J1) = Xf - Xi
= 12 m - 4m ( tanda negative adalah diabaikan kerana jarak tidak mempunyai arah )
= 8 m (tanda negative tidak ditulis memandangkan jarak adalah kuantiti skala)
Jarak (J2) = Xf - Xi
= 8m - 12m
= 8m
maka , jumlah jarak yang dilalui oleh jasad tersebut adalah
JT = J1 + J2
= 8m + 8m
= 16 m
4. Perbezaan Halaju dan Laju
i. Halaju (v)
a.Ditakrifkan sebagai perubahan sesaran terhadap perubahan masa.
b.Merupakan kuantiti vektor,iaitu ia mempunyai mangnitud dan arah.
c.Unit ms⁻1
Persamaan halaju
v = xf - xi / tf - ti
Contoh :
Satu jasad bergerak dari keadaan pegun ke satu titik yang berjarak 12 meter dan tiba di titik tersebut dalam masa 1 saat. Kirakan halaju jasad tersebut.
Oleh kerana jasad adalah pada keadaan pegun, maka :
xi = 0 m dan ti = 0 s
kemudian jasad tersebut bergerak ke kedudukan 12 m dari tempat asalnya dalam masa 1 saat. Maka:
xf = 12 m dan ti = 1 s
Halaju jasad tersebut adalah :
vi = xf - xi / tf - ti
= 12 m - 0 m / 1 s - 0 s
= 12 m / 1 s
= 12 ms⁻1 ( jasad bergerak ke kanan )
jika jasad tersebut berhenti dan kemudian berpatah balik ke kedudukan asalnya dan mengambil masa yang sama.Kirakan halaju jasad tersebut.
maka:
xi = 0 m dan ti = 0 s
xf = -12 m dan ti = 1 s
Halaju jasad tersebut adalah :
vii = xf - xi / tf - ti
= -12 m - 0 m / 1 s - 0 s
= -12 m / 1 s
= -12 ms⁻1 ( jasad bergerak ke kiri )
Kirakan halaju jasad tersebut.
vT = vii + vi
= - 12 ms⁻1 + 12 ms⁻1
= 0 ms⁻1
ii. Laju
a.Ditakrifkan sebagai perubahan jarak terhadap perubahan masa.
b.Merupakan kuantiti skala,iaitu ia hanya mempunyai mangnitud sahaja.
c.Unit ms⁻1
Persamaan laju
Laju i = xf - xi / tf - ti
= 12 m - 0 m / 1 s - 0 s
= 12 m / 1 s
= 12 ms⁻1
jika
jasad tersebut berhenti dan kemudian berpatah balik ke kedudukan
asalnya dan mengambil masa yang sama.Kirakan laju jasad tersebut.
maka:
Laju ii = xf - xi / tf - ti
= 12 m - 0 m / 1 s - 0 s
= 12 m / 1 s
= 12 ms⁻1
Laju purata adalah = Laju i + Laju ii / 2
= 12 ms⁻1 + 12 ms⁻1 / 2
= 12 ms⁻1
atau
Laju purata = Jumlah jarak yang dilalui oleh jasad / Jumlah masa yang diambil
= 24 m / 2 s
= 12 ms⁻1
5. Pecutan
i. Pecutan (a)
a.Ditakrifkan sebagai perubahan halaju terhadap masa.
b.Merupakan kuantiti vektor,iaitu ia mempunyai mangnitud dan arah.
c.Unit ms⁻2
Persamaan pecutan
a = vf - vi / tf - ti
Contoh
Suatu jasad bergerak dari halaju 2 ms⁻1 ke 4 ms⁻1 dalam masa 0.2 saat. Kirakan pecutan jasad tersebut.
a = vf - vi / tf - ti
= 4 ms⁻1 - 2 ms⁻1 / 0.2 s - 0 s
= 2 ms⁻1 / 0.2 s
= 10 ms⁻2
MASALAH 1
Sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun ke satu lokasi yang berjarak 100 m dalam masa 10 saat. Kirakan pecutan jasad berkenaan.
i. Lakarkan situasi.
ii. Kumpulkan maklumat
xi = 0 m
ti = 0 s
xf = 100 m
tf = 10 s
iii.Kirakan halaju awal v1 dan halaju akhir v2
Oleh kerana objek dalam keadaan pegun pada awalnya,maka halaju awal adalah 0 ms⁻1. Maka halaju akhir sahaja yang perlu ditentukan,maka,
v2 = xf / tf
= 100 m / 10 s
= 10 ms⁻1 ( jasad bergerak ke kanan )
maka, pecutan adalah
= 10 ms⁻1 - 0 ms⁻1 / 10 s
= 10 ms⁻1 / 10 s
= 10 ms⁻2Satu jasad bergerak sepanjang paksi x pada kedudukan xi = 12 m pada ti = 1 s dan xf = 4 m pada tf = 3 s.Tentukan (a) sesaran dan (b) halaju purata jasad tersebut.
Langkah 1 : Lakarkan situasi
____________________|_____________________________________|_______________________
xf = 4 m xi = 12 m
tf = 3 s ti = 1 s
Langkah 2 : Kumpulkan maklumat
xf = 4 m , xi = 12 m
tf = 3 s , ti = 1 s
Langkah 3 : Pengiraan
(a) Sesaran , ∆X= Xf - Xi = 4m - 12m = -8m
(b) Halaju purata, v = ∆v /∆t = xf - xi / tf - ti = 4m - 12m / 3 s - 1 s = - 8m / 2 s = -4ms ⁻1
Sesaran dan halaju adalah negative, ini menunjukkan jasad telah bergerak ke kiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)